Kelab Pengakap Malaysia, pada 28 Mei, telah mengedarkan topeng muka, makanan, botol air, aiskrim Haagen Dazs, semburan pembersih tangan, dan termometer inframerah yang bernilai RM20,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ‘Pasukan Gerakan Am Briged Tengah Cheras’. Sumbangan tersebut dibuat bawah projek CSR Kelab Pengakap Malaysia berjudul “Terima Kasih Frontliner Negara”, kepada frontliner polis untuk meringankan sedikit beban dan memastikan mereka dilengkapi dengan keperluan asas untuk melaksanakan tugas mereka, terutama ketika melakukan sekatan jalan raya untuk jangka masa yang panjang.
Pengerusi Penganjur, Dr. MK Ho (Ketua Pegawai Strategi RR Captech Advisory Group Sdn Bhd), bersama Kelab Pengakap Malaysia dan beberapa persatuan dan pemimpin korporat, telah melaksanakan projek CSR tersebut untuk mengiktiraf dan menghargai frontliner Polis Diraja Malaysia, yang diwakili oleh Komander YDH SAC Tuan Muhammad Bin Abdul Halim dan Timbalan Komander YDH ACP Tuan Chew Tham Soon, untuk membekal dan menyumbang pakej bantuan untuk diguna semasa wabak ini. Dengan berbuat demikian, Kelab Pengakap Malaysia ingin mendorong para pahlawan ini untuk terus melindungi negara dan mengembalikan keamanan dan keselamatan melalui inisiatif-inisiatif mereka.
Komander YDH SAC Tuan Muhammad Bin Abdul Halim dan Timbalan Komander YDH ACP Tuan Chew Tham Soon menghargai sumbangan mereka, dan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Pengakap Malaysia dan penaja mereka atas pendermaanya. “Sumbangan ini daripada Kelab Pengakap Malaysia dan penajanya – Kelab Rotary Kepong Kuala Lumpur, International Strategic Institute (ISI), General Mills Malaysia, dan Dfenze HOCL Sanitizer & Disinfectant, amat bermakna kepada kami di PRDM. Barangan yang disumbangan akan memanfaatkan pegawai-pegawai barisan hadapan di Briged Tengah. Dengan ini, saya harap semua orang terus mengambil langkah untuk menjaga diri dan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan kerana kami berusaha keras untuk membendung wabak ini,” kata Komander YDH SAC Tuan Muhammad Bin Abdul Halim.
Sejak ditubuh pada tahun 2013, Kelab Pengakap Malaysia telah melakukan banyak projek CSR dan akan terus menjalankan tugasnya untuk membantu frontliner, agensi kerajaan, rumah anak yatim, dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Sebelum project ini, Kelab Pengakap Malaysia, telah memberi sumbangan kepada pelbagai organisasi awam seperti ambulans, bomba, penjara, polis trafik, dll. Buat masa sekarang, mereka sedang mengenalpasti organisasi awam lain untuk projek CSR seterusnya.
Kelab Pengakap Malaysia secara langsung berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan dianggotai oleh lebih daripada 300 ahli di Malaysia, majoritinya terdiri daripada pemimpin dan pengasas korporat. Kelab Pengakap Malaysia dikenali ramai disebabkan mereka sering menjalankan projek CSR dengan sokongan para pemimpin korporat ini.
Buat kali ini, Rotary Club Kepong Kuala Lumpur menyumbang topeng muka, air mineral dan semburan pembersih tangan bernilai RM5,000, sementara Patrick Siow dari General Mills Malaysia menaja beberapa karton aiskrim Haagen Dazs, International Strategic Institute (ISI) menaja barang makanan, dan Dfenze HOCL Sanitizer & Disinfectant menyumbang semburan cecair pembersih tangan. Mewakili Rotary Club Kepong Kuala Lumpur dalam projek CSR ialah Joeanne Ooi (Presiden Pengasas) dan Winson Chan; wakil International Strategic Institute (ISI) adalah Dato ’Dr. Gavin Voon (Presiden) dan Richa Aurora (Naib Presiden); pewakil of Dfenze HOCL Sanitizer & Disinfectant adalah Jack Lim (Pengarah).
Dato’ Sri Dr. Chong Lian Foo (JP), Presiden Pengasas Kelab Pengakap Malaysia berkata,“Saya ingin memohon kepada frontliner dan rakyat Malaysia untuk terus menyokong satu sama dan memerangi wabak ini bersama. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan untuk mengumpulkan sumber untuk sumbangan kepada frontliner, yang kami bergantung kepada untuk melindungi dan memimpin negara. Kami berharap agar semua orang bertanggungjawab untuk menghormati jarak fizikal, mengikut SOP, dan duduk di rumah secara berselamat.”