MALAYSIA MENGUMUMKAN PENINGKATAN DALAM KEJOHANAN- WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS (WCOPA) 2021; UJI BAKAT SECARA LANGSUNG BERMULA PADA 15-18 JUN 2021 DI UPLIVE, DENGAN SASARAN 200 JUTA PENONTON DARI ASIA

by Kevin Chong
0 comment
Pertandingan MCOPA sebelumnya

KUALA LUMPUR, 15 June 2021 – MATME Management kembali untuk mencari dan memilih bakat yang terbaik untuk mewakili “Team Malaysia” untuk bertanding dalam Acara Global iaitu World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2021, di Las Vegas, pada November ini. Pemilihan wakil “Team Malaysia” akan dilakukan melalui pertandingan – Malaysia Championship of Performing Arts  (MCOPA)  2021, yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Antara selebriti-selebriti terkenal yang pernah menjadi pemenang MCOPA adalah – Yazmin Aziz, Nurul Aina, Iqwal Hafiz, Sarah Qistina Lim, Dewi Seriestha, Aloysius C. Susek, dll.; pertandingan ini akan terus mengembangkan bakat yang hebat ke arena antarabangsa.

Yazmin Aziz menerima pingat WCOPA dari YB Dato ’Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC)

Mengambil kira pandemik Covid 19 ini, MCOPA akan bekerjasama dengan aplikasi maya “streaming”, Uplive Malaysia, yang membolehkan pertandingan berprestij ini disiarkan secara langsung & percuma, kepada sebanyak 200 juta orang di Asia. Uplive juga memberi peluang kepada penonton untuk berinteraksi dengan para peserta dan membolehkan mereka mengundi untuk bakat kegemarannya. 

Angela Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Uplive Malaysia, berkata, “Saya amat gembira untuk berkolaborasi dengan MCOPA, dan membantu para peserta yang bersemangat dan berbakat ini mendedahkan diri mereka kepada seluruh Asia. Di Uplive, kami sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan bakat di Malaysia, dan kami telah bekerja keras untuk membawa kandungan terbaik di Asia, untuk menghiburkan penonton, terutama bagi mereka yang terpaksa duduk di rumah bagi mengekang penularan COVID-19.”

Suhaili Micheline dan Naim (Aswara Duet), “posing” untuk Kejohanan “World of Dance”

MCOPA dibahagi kepada 6 kategori – Vokal, Tarian, Instrumental, Modeling, Lakonan, dan pelbagai Seni. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan umur, junior (5 – 15 tahun) dan senior (16 & ke atas); peserta juga boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam persembahan solo, duet, atau kumpulan. MCOPA terbuka kepada semua peserta yang berada di Malaysia, sama ada warganegara Malaysia atau ekspatriat. 

Uji bakat MCOPA akan diadakan secara langsung di atas talian dari 15 hingga 17 Jun 2021 di aplikasi Uplive. Uji bakat tersebut akan dihos oleh Yazmin Aziz, seorang pemenang pingat Emas di WCOPA. Pengadilan akan dilakukan oleh dua artis Worldstar (pemenang pingat emas)  yang telah mewakili “Team Malaysia” untuk beberapa tahun dan memahami sepenuhnya syarat untuk menjadi Juara Dunia. Uji bakat tersebut akan menonjolkan peserta semuda 8 tahun hinggalah dewasa melebihi 40 tahun, dari seluruh Malaysia, bertanding dalam kategori Vokal, Tarian, Modeling, dan Lakonan. 

Yazmin Aziz, hos uji bakat MCOPA

Peserta yang berkelayakan harus mengikuti kursus latihan bakat Worldstars dan program pembangunan artis, serta kelas komprehensif untuk menjadi Selebriti / KOL, sebelum bertanding di peringkat akhir MCOPA. Pemenang terpilih MCOPA kemudian akan diberi latihan intensif selama sebulan, sebelum mereka mewakili “Team Malaysia” dalam kejohanan WCOPA di Las Vegas.

Sila rujuk jadual di bawah ini untuk menyaksikan persembahan eksklusif di Uplive Malaysia:

Uji bakat Secara Langsung15 – 18 Jun (8 p.m. – 10 p.m.)
Tempoh Mengundi15 Jun 2021 – 26 Jun 2021 
Keputusan Uji Bakat Peringkat Akhir MCOPA (Dalam Talian)Tempoh MengundiKeputusan Untuk “Team Malaysia”27 Jun 20219 Julai, 20219 – 28 Julai, 202131 Julai 2021
Sesi Latihan8 – 9 Ogos 2021
Konsert Secara Langsung 21 Ogos 2021
MCOPA 2021

Team Malaysia akan bertanding di WCOPA, di Westgate Hotel, Las Vegas – dulunya merupakan teater bagi mendiang Elvis Presley; tetapi sekarang merupakan pentas utama bagi artis terkenal, Barry Manilow. Juga dikenali sebagai “Olimpik” bagi bakat baharu, WCOPA akan berlangsung dari 20 hingga 28 November 2021, di mana lebih dari 75,000 peserta daripada 60 negara telah bertanding untuk menyertai WCOPA di Las Vegas. Di sana, wakil Team Malaysia akan menghadiri “Worldstars Bootcamp”, yang mengandungi seminar dan bengkel yang dikelolakan oleh selebriti-selebriti dari Hollywood dan New York.

Berikut adalah Hadiah Utama untuk pemenang MCOPA 2021, yang disediakan oleh MATME Management, penganjur pertandingan: 

  1. Bakat Terbaik Keseluruhan – Biasiswa bernilai RM14,500 (USD3,500) (Untuk Bertanding dalam 5 genre pertandingan di WCOPA)
  2. Johan Utama Bagi Setiap Kategori – Biasiswa bernilai RM2,100 (USD500) bagi setiap pemenang

    * Selain itu, biasiswa bernilai lebih daripada RM2 juta daripada pelbagai penaja di WCOPA akan ditawarkan kepada peserta yang layak bagi latihan dan perkembangan kerjaya di AS.

Romli Bidin, Pengarah Program MCOPA, berkata, “Ini adalah peluang keemasan bagi semua penghibur yang yang bercita-cita untuk belajar dan menonjolkan bakat mereka di hadapan penerbit, pengarah, dan selebriti terkenal dari AS dan dunia amnya. MCOPA menyediakan platform dan latihan untuk mempersiapkan peserta ke pentas antarabangsa, serta berkomunikasi dengan para penghibur dari seluruh dunia dan meletakkan diri mereka dipesada hiburan antarabangsa.”

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati halaman Facebook MCOPA @ worldstars.malaysia atau hantarkan pertanyaan anda ke: matmesdnbhd@gmail.com atau +6017 310 1288.

Related Posts

Leave a Comment