- ENGLISH ARTICLE: https://www.kr8tifexpress.com.my/new-ihealth-covid-19-tests-results-within-10-mins-without-nose-insertion-or-saliva-sampling/
- CHINESE ARTICLE: https://www.kr8tifexpress.com.my/%e6%9c%80%e6%96%b0%e7%9a%84ihealth-covid-19%e5%86%a0%e7%97%85%e6%a3%80%e6%b5%8b10%e5%88%86%e9%92%9f%e5%86%85%e5%be%97%e7%9f%a5%e7%bb%93%e6%9e%9c%e4%b8%8d%e9%9c%80%e5%86%8d%e6%8f%92%e9%bc%bb%e6%88%96/
Pengalaman tidak selesa semasa ujian saringan COVID-19 di klinik sudah boleh dilupakan dengan iHealth Novel Coronavirus (SARS-COV-2) Salivary Antigen Rapid Test Kits (atau dipstick iHealth). Dengan kit ini, anda tidak perlu lagi mengambil sampel dari rongga hidung atau air liur. Sesiapa sahaja boleh melakukan ujian saringan di rumah dengan kadar ketepatan yang tinggi.
Sebuah syarikat penjagaan kesihatan tempatan, telah menghasilkan Dipstick iHealth, yang merupakan “Rapid Test Kit” diiktiraf ISO 13485 IVD (In Vitro Diagnostic Device). Syarikat ini juga berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dengan Dipstick RTK iHealth yang terkini, pengguna hanya perlu meletakkan alat tersebut di dalam mulut seperti memakan lolipop, untuk mendapatkan hasil yang tepat dalam masa 10 minit. Pengguna tidak perlu lagi memberi sampel darah atau melakukan swab, yang boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan atau jangkitan sampingan.
Kadar ketepatan iHealth melebihi 99% dengan kadar kepekaan klinikal 91% (14 hari) hingga 96% (28 hari) dan kadar pengkhususan klinikal 100%. Ini bermakna, dipstick iHealth tidak akan memaparkan bacaan negatif palsu yang mungkin disebabkan oleh nisbah antigen dan antibodi yang tidak tepat. Fenomena ini dikenali sebagai “Hook Effect”. Produk ini juga boleh mengesan Protein S dan Protein N (Nucleocapsid) dengan berkesan. Dengan ini, pengguna tidak perlu khuatir kerana dipsticks iHealth mampu mengesan semua varian Covid-19.
Menariknya, produk ini mudah digunakan. Dengan hanya tiga langkah, pengguna boleh mendapat keputusan dalam 10 minit. Pertama, keluarkan “Test Cassette” daripada pouch; kedua, selepas membilas mulut dengan air, letakkan “mouth pad” ke dalam mulut selama 2 minit; ketiga, letakkan “Test Cassette” pada permukaan yang bersih dan rata dan tunggu selama 10 minit untuk mendapatkan keputusan.
Selepas 10 minit, salah satu daripada tiga bacaan akan muncul seperti imej dibawah (bacaan negatif bermaksud pengguna tidak dijangkiti oleh Covid-19).
Dipstick iHealth ini adalah kaedah yang efektif untuk mengesan kebarangkalian seseorang dijangkiti Covid-19. Sekiranya mendapat bacaan positif, pengguna disarankan untuk melakukan ujian RT-PCR di klinik atau makmal untuk penilaian lebih lanjut. Ini merupakan satu solusi untuk mengesan Covid-19 dengan lebih pantas supaya pengguna dapat mengurangkan kebolehjangkitan virus tersebut.
Sekiranya diuji positif, adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mengemaskini status jangkitan di aplikasi MySejahtera. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada kotak dipsticks
iHealth untuk mengemaskini keputusan ujian Covid-19 dan memberi amaran awal kepada orang awam untuk menghindari kawasan tersebut mengikut Pelan Tindakan Kecemasan.
Kit Ujian iHealth Novel Coronavirus (SARS-COV-2) Salivary Antigen Rapid Test Kits boleh didapati di farmasi, klinik, dan klinik doktor gigi berhampiran anda. Untuk maklumat lebih lanjut, hantarkan e-mel ke hello@symbion-healthcare.com atau hubungi + 603-2093 0235.